16 tahun mengajar di SK Seri kaya, Bota Perak, saya berhijrah meninggalkan kampung halaman mengikut suami yang ditukarkan ke Serdang. Sekolah pertama di Selangor, SK. Taman Universiti. Bertukar kali ke-2 mengikut Mamat yang masuk ke kelas Pendidikan Khas.
Tahun ini merupakan tahun ke-2 saya mengajar di SK. Serdang. Sebagai pelajar separuh masa di UPM dengan beban kerja di sekolah disamping tugas sebagai ibu kepada 6 orang anak yang masih bersekolah semuanya merupakan cabaran hebat buat diri ini. Semoga ia bukan halangan bahkan menjadi ubat paling mujarab.